fbpx

Jangan tangguh pelantikan Naib Canselor UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM -Persatuan dalaman Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) menyelesaikan segera isu pelantikan Naib Canselor baharu universiti tersebut.

Kenyataan bersama Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), Persatuan Kakitangan Akademik UiTM (UTiMAS) dan Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) menjelaskan, penangguhan pelantikan Naib Canselor sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan anggota masyarakat.

“Kami telah menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pandangan dan cadangan bagaimana isu itu dapat diselesaikan serta tidak berpanjangan.

“Kami menaruh kepercayaan terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri untuk meneliti perkara ini seterusnya menyampaikan nasihat yang bersesuaian supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media melaporkan pelantikan Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor sebagai Naib Canselor UiTM yang baharu ditangguhkan melalui sepucuk surat yang bertarikh 7 Ogos lepas.

Pelantikan beliau sebelum ini dibuat oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melalui sepucuk surat bertarikh 2 Ogos. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI