fbpx

Sami ditahan bantu siasatan ritual sebabkan kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang suami memukul beberapa individu dalam satu ritual membuang sial di Bagan Datuk kelmarin.

BAGAN DATUK – Seorang sami berusia 39 tahun ditahan susulan sebuah video tular upacara keagamaan sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah rumah di Selekoh, Rungkup di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh abang kepada seorang individu yang turut serta dalam ritual yang dijalankan di sebuah kuil pada pukul 7 malam, kelmarin.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 54 tahun itu memaklumkan bahawa upacara tersebut diadakan bertujuan membuang badi sial dalam keluarga mereka.

“Semasa ritual diadakan, hanya pengadu bersama lima ahli keluarga dan seorang anak angkat iaitu suspek berada di kuil berkenaan tanpa kehadiran pihak lain,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sewaktu upacara berlangsung, sami terbabit telah membaca mentera sebelum memukul badan pengadu, isteri dan anak lelakinya menggunakan rotan dan ketiga-tiga mereka cedera serta bengkak pada beberapa bahagian badan.

Begitupun, lelaki tersebut memaklumkan laporan polis tersebut dibuat untuk mengelakkan salah faham memandangkan ia dilakukan dengan rela hati oleh sami yang juga merupakan anak angkatnya dan telah bersama mereka sejak enam tahun lalu.

Ahmad Adnan memberitahu, pihaknya telah memanggil kesemua saksi yang berada di tempat kejadian iaitu adik pengadu bersama isteri dan empat anak mereka untuk siasatan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI