KULIM – Seorang lelaki maut selepas van dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Serdang berhampiran Ladang Anak Kulim di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa Wang Ming Chye, 52, maut di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman sementara penumpang yang duduk di kerusi hadapan van tersebut berusia 45 tahun cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah van syarikat dan dua buah lori dengan pemandu van telah hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam anak sungai yang terletak di sebelah kanan jalan.
“Akibat kejadian itu, mangsa mati di tempat kejadian dan rakannya cedera sementara dua pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929