fbpx

Tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kecuaian pemandu kereta membuat pusingan U sehingga penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan.

PETALING JAYA – Nasib malang menimpa seorang penunggang motosikal apabila menjadi mangsa kemalangan ‘tanpa sengaja’ selepas gagal mengelak sebuah kereta yang membuat pusingan U.

Lebih mengejutkan, kereta yang tersebut seolah-olah tidak menyedari kehadiran motosikal ditunggang mangsa walaupun mangsa telah membunyikan hon serta menyalakan lampu.

Detik-detik kejadian malang itu telah telah berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum ia tular di laman sosial.

Menerusi klip video berdurasi 34 saat itu, jelas kelihatan sebuah kereta telah membuat pusingan U di kawasan yang tidak sepatutnya sebelum ‘dilanggar’ sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki.

Walaupun cuba mengelak kereta tersebut, namun penunggang tersebut gagal mengawal motosikalnya sebelum dia merempuh bahagian hadapan kereta jenis Honda Accord itu.

Akibat pelanggaran itu mangsa telah tercampak dari motosikalnya dan tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami mangsa.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah kawasan di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan, Ahad lalu dan ia merupakan salah satu kawasan ‘hotspot’ kemalangan.

Susulan tular klip video itu di media sosial, rata-rata pengguna mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pemandu yang membuat pusingan U di kawasan tidak sepatutnya serta tidak peka dengan kenderaan lain.

“Dekat situ pun nak buat ‘u-turn’, apa salahnya jalan dulu ke depan cari simpang atau kawasan sesuai buat baru buat ‘u-turn.

“Tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa, ada lesen ke tidak pemandu ni?,” soal Ahmad Albab.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jenzer Mohd Al.

“Area Kelantan punya CCTV memamg paling aku hormat. Kuala Lumpur pun mungkin susah hendak dapat HD (definisi tinggi) mcm ni,” ujarnya.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI