fbpx

Olimpik paling sukar – Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHONG WEI melahirkan harapan persiapan atlet mahupun kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 perlu dilaksanakan mulai sekarang.

MALAYSIA harus segera mela­kukan persediaan bermula dari sekarang walaupun edisi Sukan Olimpik seterusnya di Paris, Pe­rancis akan berlangsung tiga tahun lagi dalam merealisasikan impian meraih pingat emas pertama negara sejak 1956.

Ia selepas kontinjen negara gagal menjelmakan kilauan pingat emas pada edisi Tokyo 2020 yang berakhir 8 Ogos lalu walaupun pencapaian dianggap seimbang dan memuaskan dengan satu perak serta satu gangsa.

Chef de Mission (CDM) Malaysia, Datuk Lee Chong Wei berpendapat, penganjuran ­Olimpik kali ini boleh diibaratkan sebagai paling sukar berbanding edisi-edisi yang pernah disertainya sebagai atlet sebelum ini disebabkan pandemik Covid-19.

Pandemik itu juga menjadi punca utama Chong Wei tidak dapat menjalankan tugasnya di ‘lapangan’ Jepun, sebaliknya terpaksa menggalas tanggungjawab itu di tanah air secara maya atas nasihat doktor disebabkan faktor kesihatannya.

“Pendapat saya, Olimpik kali ini seharusnya diiktirafkan sebagai ‘Olimpik paling sukar’ di mana persiapan terganggu menjelang temasya dengan stadium sukan yang sepi disebabkan pandemik Covid-19.

“Akan tetapi, skuad Malaysia telah berjaya menyerikan dan menyatukan rakyat dengan persembahan yang terbaik. Pedih hati saya melihat air mata rakan-rakan seperjuangan pada temasya ini.

“Saya tahu, rakyat juga tahu anda telah melakukan yang terbaik demi bendera di dada. Bak lagu Ella, lirik lagu ini 100 peratus tepat menusuk di hati iaitu, ‘Engkau terunggul, wajar stan­ding in the eyes of the world’,” kata Chong Wei dalam laman sosial peribadinya.

Pingat perak dimenangi Datuk Mohd. Azizulhasni Awang melalui acara keirin berbasikal trek, manakala gangsa berjaya disumbangkan oleh sukan badminton menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Biarpun ia memuaskan, namun perancangan segera perlu dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan termasuk atlet-atlet supaya Malaysia mampu memperbaiki pencapaian itu atau lebih manis meraih pingat emas pada Paris 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI