fbpx

Lelaki warga India didera majikan diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PORT DICKSON – Seorang lelaki warga India yang disyaki didera majikannya berjaya diselamatkan sepasukan anggota polis yang membuat serbuan di sebuah premis kedai di Jalan Dato Pathmanaban, Bandar Port Dickson di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 7 petang oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan dibantu JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson itu, seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang mengaku sebagai pemilik kedai telah ditahan.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian belakang kedai, polis telah menyelamatkan seorang lelaki warga India berumur 27 tahun yang disyaki telah didera dan tidak dibayar gaji oleh majikannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa bekerja lebih kurang setahun enam bulan dan dalam tempoh tersebut mangsa tidak dibayar gaji, dipukul dan pasportnya telah dipegang oleh majikan selain terdapat kesan kecederaan di bahagian telinga, luka di jari dan pergelangan tangan mangsa.

Aidi Sham berkata, hasil pemeriksaan dalam  kenderaan milik suspek menemukan pasport mangsa dan polis turut merampas sebuah telefon bimbit, salinan lesen perniagaan, serangkai kunci premis, seutas tali, sebatang rotan dan tali pinggang yang disyaki digunakan untuk memukul mangsa. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI