KUALA PILAH – Kertas siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia yang dipercayai membabitkan seorang pelawak lelaki bakal dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) esok.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kertas siasatan berkenaan hampir lengkap dan disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
“Kertas siasatan tersebut diserahkan kepada DPP untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Amran dilaporkan berkata, seorang lagi lelaki berusia 30-an telah ditahan di depan sebuah rumah di Air Itam, Pulau Pinang, untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks yang dikesan dalam Ops Pintas di Kuala Pilah 1 Ogos lalu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929