fbpx

Bayern buat keputusan mengejutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIBERY

FRANCK RIBERY

BAYERN Munich dilaporkan membuat keputusan mengejutkan selepas berminat untuk menandatangani semula bekas pemainnya ini. Ribery dilaporkan mahu terus kekal beraksi di Itali selepas semusim bersama Fiorentina tetapi tidak akan menolak jika Bayern mahukan khidmatnya.

JOE WILLOCK

ARSENAL dilaporkan sudah bersetuju untuk melepaskan pemainnya ini kepada Newcastle United dengan nilai £25 juta (RM146.66 juta) selepas mempamerkan aksi cemerlang di St. James Park musim lalu. Namun, Newcastle dilaporkan hanya mahu Willock kekal dengan kontrak pinjaman.

EDIN DZEKO

INTER Milan dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penyerang AS Roma ini dengan kontrak sehingga 2023. Dzeko dikatakan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Romelu Lukaku yang akan kembali ke London bersama Chelsea.

STEFAN DE VRIJ

LEICESTER City menjadikan pemain pertahanan Inter Milan ini sebagai sasaran mereka selepas pemain pertahanan, Wesley Fofana mengalami kecederaan dan memerlukan tempoh lama untuk pulih. Leicester menyiapkan dana sebanyak £40 juta (RM234.66 juta) bukan untuk De Vrij sahaja tetapi termasuk juga rakan sepasukannya, Marcelo Brozovic.

ALEX OXLADE-CHAMBERLAIN

LIVERPOOL bersedia untuk mendengar tawaran daripada Southampton yang berminat untuk mendapatkan semula bekas pemainnya ini di St. Mary. Kontrak Chamberlain di Anfield bakal berakhir pada 2023 dan dia perlu meninggalkan pasukan itu jika mahu diberi lebih banyak peluang beraksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI