fbpx

Aguero terpaksa rehat 10 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGUERO terpaksa berehat untuk tempoh 10 minggu selepas berdepan kecederaan betis. - AFP

BARCELONA – Gergasi Sepanyol, Barcelona menerima tamparan hebat apabila bakal kehilangan khidmat penyerang baru pasukan itu, Sergio Aguero selama 10 minggu disebabkan kecederaan betis.

Aguero, 33, terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk membuat debut bersama The Catalan dalam saingan La Liga musim ini selepas berhijrah secara percuma daripada Manchester City pada Mei lalu.

“Selepas beberapa ujian yang dilakukan, keputusan mendapati pemain dalam pasukan utama, Kun Aguero mengalami kecederaan pada betis kanan.

“Dia terpaksa menjalani proses pemulihan dan diketepikan dalam tempoh lebih kurang 10 minggu,” menurut kenyataan rasmi daripada Barcelona.

Perkhabaran itu pastinya membimbangkan ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman apabila baru sahaja kehilangan bintang utama, Lionel Messi yang dilaporkan bakal menyertai Paris Saint-Germain (PSG) secara percuma selepas kontraknya tamat.

Koeman perlu mencari jalan mengisi kekosongan jentera serangannya kerana Aguero dijangka terlepas sembilan aksi La Liga menentang Real Sociedad, Athletic Club, Getafe, Sevilla, Granada, Cadiz, Levante, Atletico Madrid dan Valencia.

Sandaran terbaik buat pengendali dari Belanda itu adalah seorang lagi penyerang baru yang disambar secara percuma daripada Olympique Lyon, Memphis Depay.

Depay tidak mengambil masa lama untuk membuktikan kemampuannya apabila meledak satu gol ketika menewaskan Juventus 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Johan Cruyff kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN