fbpx

Jilat troli pasar raya bukti tidak takut Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain troli, Meschuk turut menjilat beberapa objek lain di pasar raya tersebut. - Jodie Meschuk / Instagram

DENVER, COLORADO – Seorang wanita antivaksin dari Amerika Syarikat merakam gambarnya yang sedang menjilat beberapa objek di sebuah pasar raya bagi menggalakkan orang ramai hilang rasa takut terhadap wabak Covid-19, lapor akhbar Daily Star semalam.

Jodie Meschuk, dalam kritikannya terhadap peraturan pemakaian pelitup muka itu turut bergambar dengan anak lelakinya dalam video tersebut sambil berkata, “Oksigen dan senyuman bersamaan dengan kehidupan.

“Kuman menguatkan sistem imun anda. Pendedahan kepada kuman membina pertahanan bagi melawan asma dan alergi. Mikroba membantu pencernaan,” tulisnya pada kapsyen dalam video tersebut.

Meschuk kemudiannya merakam video dia menjilat beberapa objek termasuk beg untuk meletakkan sayur-sayuran, troli barangan serta getah pemegang pintu peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan minuman keras.

“Bebaskan diri anda! Atasi rasa takut,” katanya.

Tindakan wanita itu kemudiannya menerima kecaman dengan ramai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai menjijikkan kerana objek-objek tersebut dipenuhi dengan air liurnya.

Selain itu, Meschuk turut menerima banyak komen yang disifatkannya sebagai ‘kejam’ di laman media sosialnya selepas video tersebut menjadi viral.

“Mengapa sesetengan orang mengeluarkan perkataan-perkataan yang penuh dengan rasa benci dan mengharapkan orang lain sakit?” soal wanita itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI