fbpx

‘Dine in’ tak dapat sambutan, pelanggan takut Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JERANTUT – Meskipun restoran mula dibuka untuk ‘dine in’ hari ini, namun masih tidak ramai pelanggan yang datang untuk makan di premis tersebut.

Seorang pemilik restoran, Mariani Ismail,53, berkata, kedainya di Felda Kota Gelanggi 2 di sini dibuka awal pagi hari ini namun tidak ada pelanggan yang datang untuk makan di kedai.

“Sehingga tengah hari ini hanya 12 orang pelanggan yang datang untuk bungkus dan tiada yang datang makan di kedai, mungkin ramai tidak tahu kedai dibuka atau mereka berasa bimbang dengan penularan Covid-19.

“Sebenarnya saya sendiri sentiasa berwaspada dan bimbang dengan penularan wabak Covid-19 tetapi tiada pilihan lain dalam memastikan ada pendapatan untuk keperluan dapur dan membayar hutang,”katanya di sini, hari ini.

Seorang peniaga kedai makan di Felda Kota Gelanggi 4, Nor Azam Mohamed, 30, berkata, walaupun hanya beberapa pelanggan yang datang makan hari ini dia sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan dengan baik.

Katanya, penularan wabak Covid-19 dengan varian baharu menyebabkan dia berasa bimbang dan sentiasa berwaspada sepenuhnya bagi mengelakkan penularan wabak maut itu.

“Saya memang akan pastikan pelanggan yang makan dikedai lengkap vaksin dan mengikuti SOP yang ditetapkan, memang saya tidak berkompromi dalam aspek kesihatan,”katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI