fbpx

Kolej pengasuh elit gabungan James Bond dan Marry Poppins

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Graduan dari Kolej Norland disifatkan sebagai gabungan sempurna ejen perisik MI6 dan watak animasi, Marry Poppins. - Norland College/Facebook

LONDON – Sebuah kolej tersohor di England dilaporkan sebagai institusi melatih pengasuh kanak-kanak paling mahal dunia dengan yuran tahunan mencecah AS$100,000 (RM422,850), lapor Oddity Central, kelmarin.

Kolej Norland diasaskan oleh Emily Ward pada 1800 yang menyedari tiada pusat pengajian khusus bagi mereka yang mahu terlibat dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak pada ketika itu.

Kini, Kolej Norland menjadi institusi menghasilkan pengasuh yang berkaliber dan berkualiti tinggi dengan semua graduan kebiasaannya menjadi rebutan keluarga diraja dan bangsawan seluruh dunia.

Menurut laporan, seorang pengasuh yang berkelulusan dari Kolej Norland mempunyai pendapatan sehingga AS$170,000 (RM718,845) manakala pelajar yang masih menjalani latihan industri pula boleh menuntut gaji sehingga $40,0000 (RM169,140) setahun.

Jumlah gaji tahunan pengasuh dari Kolej Norland adalah empat kali ganda gaji berbanding pengasuh biasa di Britain.

Pengasuh yang diklasifikasikan sebagai elit ini memiliki kemahiran memasak, menjahit, menjaga anak asuhan dengan cekap, dilatih dengan teknik penghindaran krisis, seni mempertahankan diri dan keselamatan siber.

Sesetengah media menggambarkan pengasuh elit ini adalah gabungan sempurna antara Ejen MI6 007 dan watak animasi, Mary Poppins.

Oleh sebab itu, kebanyakan graduan dari Kolej Norland dihujani peluang pekerjaan sebelum tamat pengajian dengan purata enam tawaran buat seorang pelajar dan ia datang bukan sahaja dari dalam Britain tetapi negara luar termasuk China, Amerika Syarikat dan Asia Tengah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI