fbpx

Pelancongan Pangkor terjejas teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Sektor pelancongan di Manjung khususnya Pulau Pangkor yang juga destinasi utama di negeri ini merosot teruk sejak setahun lalu disebabkan pandemik Covid-19.

Keadaan ini memberikan impak besar kepada pengusaha memandangkan pelancongan merupakan penyumbang ekonomi setempat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md Saleh berkata, situasi semasa pandemik itu pula belum menunjukkan banyak perubahan.

Menurut beliau, walaupun langkah pemulihan sedang dilakukan tetapi untuk pulau peranginan itu segera pulih masih samar-samar.

“Sebelum Pangkor diiktiraf sebagai pulau bekas cukai, ia mencatat kedatangan pengunjung seramai 1.3 juta pada tahun 2019.

“Sebaik Pangkor menjadi pulau bebas cukai, seramai 515,000 pengunjung datang ke sana sepanjang Januari hingga Mac 2020 sebelum pandemik melanda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sesi Wacana Pihak Berkuasa Tempatan – Pelancongan Pasca Covid-19 yang disiarkan menerusi saluran Facebook Stesen Radio TV Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Jelas Syamsul Hazeman, apabila kebenaran rentas negeri dan pelaksanaan gelembung pelancongan pada November hingga Disember lalu, Pangkor mencatatkan kehadiran kira-kira 1.8 juta pengunjung.

“Namun, pelancongan pasca Covid-19 kini sangat suram. Di Pangkor sahaja mempunyai 1,800 bilik hotel termasuk inap desa.

“Jika dicampur dengan Manjung, jumlahnya kira-kira 3,000 bilik. Manakala di Lumut pula ada 2,300 peniaga yang bergantung pada pelancongan tapi kini terjejas,” ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI