fbpx

Suami dayus pukul anak, isteri ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara luahan anak mangsa di aplikasi Twitter selepas dipukul oleh ayahnya.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki warga tempatan memukul isteri dan anaknya di kediaman mereka di Taman Melati Utama mengundang padah selepas dia ditahan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah mengesan satu hantaran tular di aplikasi Twitter semalam.

“Hasil semakan mendapati, seorang wanita warga tempatan berusia 44 tahun dan anak lelakinya berusia 14 tahun telah dipukul oleh suaminya di kediaman mereka di Taman Melati Utama.

“Hantaran yang tular di media sosial serta bunyi bising telah menyebabkan jiran datang ke kediaman mereka untuk meredakan keadaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis juga telah ke lokasi kejadian dan membawa isteri serta anaknya ke Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan, pergaduhan berlaku semalam kira-kira pukul 11.30 pagi. Suspek telah memarahi dan menuduh mangsa mengambil wangnya.

“Mangsa yang hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan telah menyebabkan suspek berang dan memukul mangsa. Anak mangsa yang cuba meleraikan pergelutan turut dipukul suspek,” jelasnya.

Tambah Ashari, anak mangsa telah memuat naik hantaran mengenai pergaduhan di aplikasi Twitter menyebabkan ia menjadi tular.

“Hal tersebut telah disedari suspek yang berusia 44 tahun itu pada pukul 1.17 tengah hari dan menyebabkan suspek sekali lagi menyerang anak mangsa.

“Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju kerana bimbang dengan keselamatan diri serta ahli keluarga yang lain.

“Suspek juga telah ditahan di Balai Polis Wangsa Maju dan permohonan reman akan dibuat hari ini,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI