fbpx

Noorkhiriah ajak tutup aurat dengan sempurna, mengaji al-Quran, bersedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Noorkhiriah yang menyeru orang ramai agar melakukan kebaikan seperti memperbanyakkan membaca al-Quran, bersedekah dan menutup aurat dengan sempurna.

PETALING JAYA – Pemergian penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang pulang ke rahmatullah awal pagi semalam benar-benar meninggalkan kesan buat ramai orang termasuk rakan selebriti.

Pelakon Noorkhiriah misalnya mengakui cukup terkesan dengan pemergian Siti Sarah sekali gus membuka matanya untuk lebih memperbanyakkan amalan baik selepas ini.

“Saya bukan seorang yang baik. Tapi saya nak jadi baik dan ajak semua ke arah yang lebih baik. Mari kita menutup aurat dengan sempurna, berusaha solat lima waktu.

“Mengaji al-Quran dan buat segala suruhan Allah. Tak apa, jangan drastik. Perlahan-lahan, janji istiqamah,” ujarnya.

Biarpun sudah lama berhijrah, namun pelakon drama Ayahanda itu mengakui dia juga adakalanya ‘tergelincir’ dalam melakukan ibadah dan kebaikan, namun tetap berusaha memperbaikinya.

Malah kematian Siti Sarah telah membuka matanya betapa hebat genjaran bersedekah.

“Kepergian Allahyarham betul-betul buka mata saya. Marilah kita bersedekah. Tak payah banyak. RM1 pun jadilah andai itu kemampuan kita.

“Allah tidak memandang nilai. Kita sama-sama usaha ya. Saya sayang kalian. Kalian pun sayang saya okey. Kita adalah bersaudara,” katanya lagi.

Semalam, satu negara berduka atas perginya seorang bintang berbakat besar Siti Sarah yang meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari ditidurkan akibat jangkitan Covid-19.

Pemergian ibu kepada empat cahaya mata termasuk bayi keempat, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang secara pembedahan Jumaat lalu itu menyentuh emosi kerana kebaikan yang pernah dilakukan arwah sepanjang hayatnya seperti bersedekah dan taat kepada suami menjadi bualan ramai.

Siti Sarah, 37, meninggalkan suami, Shuib, 37, dan tiga lagi anaknya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 serta Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI