PETALING JAYA – Hampir terbalik pagar di langgar penyamun. Itu antara aksi yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) milik sebuah rumah selepas seorang lelaki cuba melarikan diri dari seekor anjing.
Menerusi klip video yang tular di laman Facebook Malaysian Crime Watch itu, lelaki berkenaan pada awalnya dilihat membonceng sebuah motosikal bersama seorang rakannya.
Setibanya di hadapan rumah terbabit dia telah memanjat pagar dan cuba untuk menyamun rumah tersebut.
Bagaimanapun, hasrat lelaki terbabit terbantut selepas seekor anjing dilihat cuba menghalang ‘niat’ penyamun itu.
Mungkin bimbang dengan keselamatan diri, sama ada digigit anjing atau perbuatannya disedari tuan rumah mahupun jiran, lelaki itu cuba melarikan diri sehingga ‘melanggar’ pagar menyebabkan dia terjatuh.
Bagaimanapun, klip video berdurasi satu minit 16 saat itu tidak dinyatakan lokasi kejadian dan bila CCTV berkenaan dirakam.
Susulan klip video tersebut, rata-rata pengguna mengecam perbuatan lelaki terbabit dan melabelkan mereka sebagai ‘penyamun amatur’.
“Kena gertak sikit dengan anjing pun macam nak tercabut pagar dilanggarnya. Lain kali kalau hati tak kental jangan fikir boleh jadi penyamun,” tulis Sunkis Manis pada ruangan komen.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Azlan Cek Mek.
“Penyamun terdesak, kemungkinan besar mat gian, cari modal untuk beli ubat khayal,” ujarnya.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929