fbpx

Kon Yeow, Rayer beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rayer ketika hadir memberi keterangan di IPD Timur Laut di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai memberikan keterangan kepada polis hari ini berhubung perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ahli Parlimen Tanjung itu berkata, sesi tersebut berlangsung selama 45 minit iaitu bermula pada pukul 10 pagi bertempat di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

“Saya telah selesai memberikan kenyataan kepada wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut pada pagi ini berhubung siasatan terhadap kehadiran Ahli-Ahli Parlimen yang berlangsung di ibu negara pada 2 Ogos lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain Kon Yeow, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer turut memberi keterangan berhubung isu sama di IPD Timur Laut di sini.

Rayer tiba kira-kira pukul 9.45 pagi dan selesai memberikan keterangan dalam tempoh hampir dua jam kemudian.

Dua Ahli Parlimen itu diambil keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Difahamkan selain Rayer, pemimpin DAP lain seperti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan memberi keterangan berhubung isu sama kepada pihak polis esok. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI