fbpx

Jari tersepit dalam mesin memproses kulit karipap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan jari tangan mangsa yang tersepit pada mesin memproses kulit karipap di sebuah premis di Bagan Serai.

BAGAN SERAI – Seorang remaja perempuan cedera apabila empat jari tangan kanannya tersepit pada mesin memproses kulit karipap di sebuah premis membuat kuih di Jalan Taiping di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.39 pagi itu, mangsa dikatakan sedang mengendalikan mesin tersebut sebelum kemalangan berlaku.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat  Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut jurucakap tersebut, apabila sampai di lokasi, bomba mendapati jari tangan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tersepit pada mesin memproses kulit karipap.

“Empat jari kanannya kecuali ibu jari tersepit pada mesin itu.

“Anggota menggunakan peralatan khas menyelamat untuk membantu mengeluarkan jari yang tersepit itu kira-kira tiga minit kemudian,” kata jurucakap tersebut.

Mangsa diberikan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut.

Operasi yang diketuai PBK II Fauziah Baharudin itu tamat sepenuhnya pada pukul 10.55 pagi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI