fbpx

Tangisan dua anak Siti Sarah undang sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERUNTUN jiwa. Tangkap layar video tangisan anak-anak Shuib yang dikongsikan dalam laman sosial.

PETALING JAYA – Tangisan kerinduan anak-anak menangisi kehilangan insan bergelar ibu mereka, Siti Sarah Raissuddin yang telah menghadap Ilahi mengundang sebak ramai pihak sejak malam tadi.

Momen hiba tersebut dikongsi sendiri oleh ayah mereka iaitu pelawak terkenal, Shuib dalam InstaStorynya.

Dalam video berkenaan, kelihatan anak sulung, Uwais Alqarni, 10, dan anak kedua, Dzahira Talita Zahra, 8, menitiskan air mata kerana merindui ibunya yang telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi semalam.

Tidak turut meratapi, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dilihat cuba menenangkan anak-anaknya yang kesedihan dan berjanj akan sentiasa menjaga mereka sehingga berjaya.

“Memang dia (Sarah) ada di rumah ini tapi kita tak nampak. Dekta (panggilan manja Talita) rindu dia,” tutur anak kedua mereka dalam nada sebak.

Sementara, dalam video lain pula, Uwais dilihat menonton beberapa video memaparkan perjalanan akhir ibunya semalam dalam aplikasi TikTok.

Selain Talita, Uwais juga dilihat beberapa kali mengesat air matanya kerana terkenangkan arwah ibunya dalam video tersebut.

“Jangan sedih-sedih daddy ada. Selagi hidup, daddy akan pastikan anak-anak daddy jadi insan hebat, soleh dan solehah,” tutur Shuib menenangkan anak-anaknya.

Tambah pengasas jenama minuman Bubble Bee itu, sekiranya dia merindui arwah isterinya, dia akan melihat wajah anak sulungnya kerana wajah Uwais saling tidak tumpah seperti Siti Sarah.

“Daddy kalau rindu ibu, daddy tengok Uwais saja,” kata Shuib.

Selain Uwais dan Talita, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah turut dikurniakan dua orang lagi cahaya mata iaitu Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini sedang dirawat di hospital selepas dilahirkan pramatang secara pembedahan pada 6 Ogos lalu.

Semalam, negara dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Siti Sarah selepas lima hari bertarung nyawa melawan Covid-19 di PPUKM.

Siti Sarah Raissuddin, 37, dikejarkan ke hospital berkenaan sejak Rabu selepas tahap oksigen dalam tubuhnya menurun dan ditidurkan sebelum melahirkan Ayash secara pembedahan pada pukul 4 petang Jumaat lalu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas waktu Zuhur, sekitar pukul 1.38 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, semalam.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI