PETALING JAYA – Pemegang Akaun Simpanan-i AmWafeeq akan beroleh penyertaan berganda untuk simpanan mereka, berserta 31 penyertaan tambahan bagi setiap kenaikan RM10,000 baki purata bulanan dalam kempen AmRewards sepanjang Ogos ini menerusi AmRewards Booster Merdeka.
Kempen AmRewards yang bermula dari 1 Januari 2021 sehingga 31 Ogos 2021 terbuka untuk semua pemegang akaun utama dan memegang Akaun Simpanan-i AmWafeeq aktif, bertujuan menggalakkan pelanggan meningkatkan simpanan mereka.
Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Aaron Loo berkata, bulan terakhir kempen berkenaan adalah pada Ogos ini.
“Pihak bank menawarkan wang tunai sebanyak RM372,000 untuk dimenangi, termasuk hadiah utama RM240,000 yang akan dibayar sebanyak RM20,000 setiap bulan, selama 12 bulan,” katanya dalam satu kenyataan.