fbpx

Hyundai Promise permudahkan jualan kereta terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYUNDAI Promise menawarkan model kenderaan yang berkualiti, penyelesaian kewangan dan lanjutan waranti kepada pelanggan

PETALING JAYA – Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) me­lancarkan program kenderaan terpakainya, Hyundai Promise Approved Used Car Programme (Hyundai Promise) yang memberikan perkhidmatan lancar dan boleh diyakini dalam menukar dan membeli kenderaan terpakai Hyundai.

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, kenderaan yang dijual menerusi Hyundai Promise hadir dengan alat ganti tulen, enjin original dan telah melalui pemeriksaan ketat bagi memastikan ia berada pada keadaan yang optimum.

Menurut beliau, semua model yang ditawarkan bebas daripada sebarang kemalangan teruk dan didatangkan dengan waranti antara dua hingga lima tahun, bergantung kepada usia dan jarak perbatuan yang telah dilalui.

“Hyundai Promise menawarkan pelanggan perkhidmatan jualan penuh iaitu da­ripada membeli model Hyundai baharu pertama mereka sehinggalah menukar kenderaan kepada model lebih baharu pada kadar menarik,” katanya dalam kenya­taan.

Yuan Luang menjelaskan, Hyundai Promise adalah satu segmen perniagaan yang pen­ting bagi melengkapi ekosistem perniagaan Hyundai sedia ada.

“Bersesuaian dengan nama program tersebut, kami menjanjikan kenderaan berkualiti dan pemilikan yang bebas daripada sebarang kebimbangan.

“Pelanggan yang membeli da­ripada Hyundai Promise akan menerima faedah seperti jaminan kualiti, penyelesaian kewangan dan lanjutan waranti,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI