fbpx

Md. Yusup tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Seri Dr. Md. Yusup Che Teh dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1443H Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Penganugerahan itu menyaksikan beliau menerima sebuah trofi, sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000 dalam acara Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 yang diadakan secara maya malam tadi.

Sementara itu, Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri, Abdul Halim Abdul Hamid yang juga bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad, dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Ulama.

Acara secara telesidang itu disertai Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Ahmad Fuzi Abdul Razak dan dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd. Noor, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI