fbpx

Agong titah rakyat patuh PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong bertitah menerusi rakaman perutusan sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/2021M di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat di negara bekerjasama dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merupakan strategi peralihan untuk keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik Covid-19.

Seri Paduka Baginda bertitah berkeyakinan negara pasti akan berjaya keluar dari apa juga kemelut yang melanda jika rakyat terus berpadu tenaga dan mengamalkan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW yang merupakan sebaik-baik suri teladan atau role-model untuk diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Memahami hijrah dalam konteks negara kita pada hari ini menuntut seluruh umat Islam dan rakyat untuk meneladani sifat-sifat mulia Nabi Muhammad antaranya bersifat benar dalam semua perkataan dan perbuatan,  jujur dan dipercayai serta bijaksana dalam menyampaikan dakwah.

“Sifat Nabi Muhammad yang berusaha menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran juga perlu diteladani untuk mewujudkan persekitaran yang boleh merangsang sebuah pentadbiran negara yang beretika dengan nilai-nilai yang murni,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian menerusi rakaman perutusan sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/2021M di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya berkata, sambutan yang diadakan hari ini adalah cerminan iltizam kerajaan agar syiar Islam terus terpelihara dan dimartabat sejajar dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan yang dijunjung tinggi.

Beliau berharap kedatangan tahun baharu Islam mengurniakan umatnya dengan keimanan dan kesabaran untuk meneruskan ikhtiar melawan Covid-19 menerusi Pelan Pemulihan Negara yang sedang giat dilaksanakan kerajaan.

“Saya berdoa agar ujian ini berupaya menjadikan kita umat Islam yang lebih bertakwa dan mempunyai ketahanan jiwa serta asertif diri yang padu,”  katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI