fbpx

‘Ikan duyung’ berenang di dalam air banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan duyung yang dirakam itu merupakan seornag wanita yang mengenakan kostum ikan duyung di sebuah kawasan perumahan. - Gavin Millar

LONDON – Seorang lelaki di Glasgow, Scotland terkejut apabila melihat  kelibat seekor ‘ikan duyung’ berenang ketika banjir mengenangi bandar tersebut, lapor laman berita  Mirror UK semalam..

Ikan duyung yang dilihat lelaki itu, lGavin Millar sebenarnya ialah seorang wanita yang memakai kostum ikan duyung berwarna biru terang. Dia  berenang di dalam air banjir hadapan sebuah bangunan flat di situ. 

Banjir besar melanda Glasgow apabila sistem perparitan melimpah selepas  hujan lebat turun  sepanjang hujung minggu lalu.

Pemandangan luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat menyebabkan jalan-jalan di sekitar Glasgow ditenggelami air.

Pemandu diminta untuk berhati-hati ketika berada di jalan raya,  manakala laluan kereta api juga mengalami gangguan.

Sebahagian besar Scotland dilanda cuaca buruk yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Namun, musim panas kali ini adalah lebih hangat dan kering berbanding biasa di sebahagian besar Britain.

“Kami menyaksikan banyak laporan berkenaan banjir dan oleh sebab itu, ia dianggap sebagai musim panas yang buruk,” kata pegawai Pejabat Metereologi, Becky Mitchell. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI