fbpx

Tun M, Mukhriz selesai beri keterangan kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan polis dilihat keluar dari Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mengambil keterangan Mahathir dan Mukhriz berkaitan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen pada 2 Ogos lepas. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung siasatan perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu.

Perkara itu disahkan peguam kedua-dua mereka, Mior Nor Haidir Suhaimi dan Muhammad Rafique Rashid Ali menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Menurut kenyataan itu, empat pegawai polis dari Unit Jenayah Terkelas Bukit Aman telah hadir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini bagi tujuan merekod keterangan Mahathir dan Mukhriz yang masing-masing wakil rakyat bagi Parlimen Langkawi dan Parlimen Jerlun.

“Kedua-dua mereka memberi keterangan kepada anggota polis berkenaan kira-kira pukul 2.45 hingga 3.30 petang tadi.

“Kehadiran pegawai-pegawai polis tersebut adalah berkaitan satu siasatan mengenai perhimpunan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI