fbpx

‘Selagi belum kahwin, kami kawan rapat’ – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UQASHA SENROSE dan Kamal Adli.

KUALA LUMPUR – “Selagi belum berkahwin, status kami kawan rapat,” demikian pengakuan pelakon jelita Uqasha Senrose kepada Kosmo! tentang status hubungannya dengan pelakon, Kamal Adli.

Uqasha atau nama sebenar­nya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 28, berkata, dia mempunyai alasan tersendiri tidak mahu terlalu menguar-uarkan hubungan istimewanya dengan Kamal, 34.

“Selagi belum kahwin, status kami kawan rapat. Biar orang ramai berteka-teki sama ada saya dan Kamal benar-benar bercinta atau hanya untuk promosi drama iaitu Perempuan Tanpa Dosa yang akan ditayangkan Oktober depan,” katanya.

UQASHA masih berteka-teki tentang status hubungannya dengan Kamal Adli.

 

Sebagai seorang wanita, Uqasha menjelaskan, adalah tidak manis untuk dirinya bercerita le­bih tentang hubungan istimewa­nya dengan lelaki yang berasal dari Pekan, Pahang itu.

“Lebih baik kalau tanya Kamal sendiri sejauh mana dan serius hubungan kami,” ujarnya.

Difahamkan, Uqasha dan Kamal mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu.

Gosip percintaan antara mereka semakin kencang dibicarakan ramai apabila mereka sekali lagi digandingkan untuk drama ran­taian yang akan ditayangkan pada Oktober depan berjudul Perem­puan Tanpa Dosa arahan pengarah sama.

Sejak itu, mereka sering berkongsi foto-foto mesra di laman sosial masing-masing dan berbalas untaian komen dan kap­syen seperti pasangan kekasih yang sedang dilamun cinta.

Uqasha enggan terlalu mendedahkan hubungannya dengan pelakon, Kamal Adli.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI