KOTA BHARU – Kira-kira 2,000 pekebun di daerah Tanah Merah dan Jeli berdepan kerugian yang besar berikutan berlakunya lambakan buah rambutan di kawasan tersebut.
Paling menghampakan mereka apabila harga sekilogram rambutan ketika ini jatuh daripada RM3 kepada 40 sekilogram.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lanas Jedok di Tanah Merah, Zulkifli Yunus berkata, pekebun yang terjejas itu telah memerah keringat mereka dengan mengusahakan tanaman di kawasan seluas 1,000 hektar di dua daerah itu.
Menurutnya, lambakan rambutan itu menyebabkan mereka tidak dapat menjual buah sehingga menyebabkan hasil tanaman busuk atau hanya dapat disedekahkan kepada penduduk kampung.
“Pekebun rasa tidak berbaloi untuk mengutip rambutan di kebun kerana perlu menampung pelbagai kos termasuk upah pekerja dan sewa pengangkutan, namun harga jual borong hanya 40 sekilogram,”katanya ketika ditemui pemberita ketika Program Sumbangan Durian kepada petugas media di sini semalam.
Menurut Zulkifli, lambakan buah rambutan itu juga menyebabkan ia tidak dapat disimpan lama ekoran mudah rosak.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929