fbpx

1,200 penduduk Losong jalani ujian saringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk yang menjalani ujian saringan Covid-19 di Masjid Kampung Losong Haji Shafie, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 1,200 penduduk Kampung Losong Haji Syafie dan Kampung Losong Wakaf Nyiur Kembar di sini diarahkan untuk menjalani ujian saringan berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di kedua-dua perkampungan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Losong Haji Syafie, Abdul Wahid Idris, 62, berkata, setakat ini, sebanyak 50 kes positif Covid-19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti terbabit.

“Kami dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan, kenaikan mendadak Covid-19 tersebut berpunca daripada kluster komuniti termasuk Kluster Teluk Menara yang telah merekodkan 372 kes positif sejak 23 Julai lalu.

“Penyebaran kluster komuniti itu dikatakan berpunca daripada aktiviti ziarah keluarga pada sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Losong Haji Shafie di sini hari ini.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI