fbpx

Gaun bantu pemakai jaga jarak fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaun dengan tentakel di sekelilingnya ini mengesan sekiranya seseorang berada pada jarak terlalu dekat dengan pemakai. - YouTube

MIAMI, Florida – Seorang pereka fesyen mencipta gaun yang membantu pemakainya menjaga jarak fizikal semasa pandemik Covid-19, lapor akbar New York Post semalam.

Anouk Wipprecht menghasilkan gaun itu yang dinamakan  The Spider Dress. Gaun tersebut  membantu pemakainya menjaga jarak fizikal dengan menggunakan sensor  yang mempunyai di sekeliling badan pemakai.

“Ia akan mengukur jarak rapat, jarak peribadi dan jarak fizikal pemakai,” kata Wipprecht kepada pertubuhan bukan kerajaan NPR.

Ketika pandemik Covid-19, Wipprecht turut menghasilkan satu lagi pakaian yang dipanggil Proximity Dress yang menggunakan pengesan ultrasonik  untuk mengembang atau menguncup apabila dihampiri seseorang.

Wipprecht menambah, dia mengenakan gaun Proximity Dress itu ke sebuah taman di Miami dan ramai  orang  memberikannya ruang tidak berada terlalu rapat dengannya . -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI