fbpx

Lima beradik yatim piatu kerana Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan Iewanina (tiga, kanan) bersama adik-adiknya menunjukkan gambar kenangan yang dirakam pada Aidilfitri tahun ini bersama arwah ibu dan bapanya yang meninggal dunia disebabkan Covid-19. Foto ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Lima beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19 selang seminggu, baru-baru ini.

Mereka adalah Intan Iewanina Mohd Suhaimi, 21, yang merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Batrisyia Izzah, 19, yang kini menuntut di Kolej Komuniti Sik Kedah dan Uzair Wazini ,16, selain Ahmadi Nejad,12, serta Nisa Ailani, 5, dan dijaga ibu saudara mereka di Flat Sri Perantau, di sini.

Kedua-dua ibu bapa mereka, Ramlah Mukhtar, 43, meninggal dunia pada 31 Julai sebelum disusuli Mohd. Suhaimi Zakaria, 55, pada Sabtu lalu.

Menurut Intan Iewanina, peristiwa sedih itu berlaku apabila ibunya menemani ayah mereka bagi menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di sebuah klinik di Meru pada 17 Julai lalu.

Katanya, sebaik pulang didapati ibu bapa mereka masing-masing mengalami demam dan batuk dan keesokan harinya, dia bersama dua adik dan nenek turut demam selain turut muntah teruk.

“Demam itu berlarutan selama empat hari sebelum kami semua melakukan ujian calitan dan didapati positif Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya, hari ini.

Bercerita lanjut, Intan Iewanina yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh di UIAM itu memberitahu, ibu mereka dimasukkan wad ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 22 Julai manakala ayahnya selang empat hari kemudian.

“Kami sempat membuat panggilan telefon dengan ibu dengan kali terakhir pada 26 Julai lalu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya,”ujarnya.

Intan Iewanina berkata, kali terakhir berhubung dengan arwah ayahnya pada 5 Ogos lalu sebelum ditidurkan bagi tujuan pemulihan.

“Kami menerima berita sedih pemergiaan ayah pukul 3.30 pagi pada Sabtu lalu. Memang sedih namun reda dengan ujian Allah,” jelasnya.

Dalam pada itu, orang ramai yang menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Muamalat Intan Iewanina bernombor 14070014334724 milik Intan Iewanina. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI