fbpx

APMM bantu pindah penduduk Pulau Sebatik positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM membantu mindahkan lebih 108 orang penduduk positif Covid-19 membabitkan beberapa lokaliti di Pulau Sebatik ke pusat kuarantin terletak pusat bandar Tawau. -Foto Ihsan APMM

TAWAU – Lebih 108 orang penduduk positif Covid-19 membabitkan beberapa lokaliti di Pulau Sebatik dipindahkan ke pusat kuarantin terletak pusat bandar hari ini.

Antara penduduk yang terlibat adalah dari Kampung Bergosong, Kampung Sungai Tongkang, Kampung Mentadak, Kampung Lahat-Lahat dan Kampung Wallace Bay.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata, operasi dilakukan bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menguruskan pesakit positif Covid-19, khususnya membabitkan penduduk komuniti maritim.

Beliau berkata, setakat ini seramai 108 orang penduduk positif Covid-19 sudah dipindahkan ke pusat kuarantin sejak berlaku peningkatan kes.

“Bantuan perkhidmatan pengangkutan ini disediakan bertujuan melancarkan proses pengasingan pesakit positif Covid-19 yang bakal menjalani kuarantin dan rawatan susulan di pusat kuarantin dan hosptial yang ditetapkan.

“Penugasan ini ialah sebahagian tanggungjawab kami selaku agensi terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berikutan mempunyai kemudahan aset seperti bot, ” katanya menerusi kenyataan media hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI