KOTA KINABALU – Sebanyak 31 peket dadah jenis syabu dirampas ketika membabitkan penahanan seorang lelaki warga asing dalam operasi di sebuah ladang sawit di kawasan Tongod, Kinabatangan semalam.
Dalam operasi pukul 3.30 pagi itu, lelaki warganegara Filipina terbabit ditahan ketika Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan melakukan pemantauan di sebuah pondok di ladang berkenaan atas maklumat awam.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, suspek berusia 42 tahun memiliki tatoo di tangan berbentuk huruf A D itu tiba-tiba muncul di kawasan terbabit sebelum terus ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
“Pemeriksaan lanjut ke atas sebuah beg kecil berisi satu peket plastik lut sinar saiz sederhana dan 30 peket plastik lut sinar saiz kecil yang mengandungi ketulan hablur jernih yang disyaki syabu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd. Abduh berkata, pemeriksaan badan turut menemui tangkal tali pinggang berwarna hitam dan berbentuk kelongsong peluru yang digunakan sebagai alat kebal diri melalui pengakuan suspek.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929