fbpx

100,000 nelayan akan terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin menyerahkan 300 kotak makanan kepada Pegawai Daerah Larut Matang Selama untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Menteri yang menjalani PKPD.- Foto Wat Kamal Abas

TAIPING – Lebih 100,000 nelayan yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di seluruh negara bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 secara berperingkat-peringkat mulai bulan November nanti.

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, temu janji bagi mendapatkan suntikan tersebut akan dimaklumkan kepada penerimanya menerusi aplikasi MySejahtera masing-masing.

Menurut beliau, jumlah tersebut adalah berdasarkan angka sedia ada nelayan di bawah LKIM dan tidak termasuk nelayan persendirian atau kumpulan tidak berdaftar.

“Bagaimanapun, mungkin ada antara nelayan ini telah pun menerima suntikan Covid-19 secara walk-in bagi kategori warga emas.

“Pemberian vaksin ini bagi melindungi seterusnya meningkatkan kadar pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan pekerja sektor agromakanan termasuk nelayan,” ujarnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI