fbpx

Nelayan dikhuatiri lemas selepas jatuh di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa, Ishak Muda, 60, yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika keluar menangkap ikan di perairan timur Gebeng, di Kuantan semalam.

KUANTAN – Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika keluar menangkap ikan bersama 16 kru bot pukat jerut di perairan Timur Gebeng, di sini.

Mangsa, Ishak Muda, 60, hanya disedari hilang oleh tekong bot selepas bot terbabit pulang ke jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemunting, di sini, kira-kira 10 pagi semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, mangsa dipercayai terjatuh kira-kira 14 nautika timur Gebeng, di sini.

“Sebaik sahaja menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub–Centre (MRSC) Kuantan, bot ronda Maritim segera diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bermula pukul 4 petang semalam.

“Mangsa bersama 16 kru lain telah keluar ke laut pada pagi kelmarin dengan bot pukat jerut dan pulang ke Jeti Kompleks Kemunting pagi semalam,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI