fbpx

[VIDEO] ‘Terima kasih doakan untuk arwah isteri saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video Shuib mengucapkan terima kasih atas semua doa yang dititipkan ramai untuk arwah isterinya.

PETALING JAYA – “Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti buat solat hajat, sedekahkan bacaan Yasin dan semua doa untuk arwah isteri saya.”

Demikian ungkapan dan ucapan terima kasih pelawak Shuib buat semua yang tidak henti-henti mendoakan kesembuhan isterinya, Siti Sarah yang kritikal sejak tiga hari lalu.

Shuib berkata demikian menerusi satu video berdurasi 49 saat ketika berada di pekarangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), Cheras sebentar tadi.

“Terima kasih banyak-banyak untuk kasih sayang yang banyak ini. Teruskan mendoakan Sarah,” katanya dalam nada sebak.

Siti Sarah, 37, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM pada pukul 5.13 pagi tadi, selepas tiga hari ditidurkan akibat tahap oksigen yang menurun.

Siti Sarah kemudiannya menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya dan melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan.

Terdahulu, Sarah sekeluarga termasuk Shuib disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai lalu.

Pasangan tersebut berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI