fbpx

SPRM panggil Kula, Jeremy bantu siasatan sogok jawatan menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak akan memanggil Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran bagi membantu siasatan berhubung pendedahannya mengenai tawaran wang RM30 juta dan jawatan sebagai menteri.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata, selain Kulasegaran, pihaknya juga akan memanggil setiausaha sulitnya, Jeremy Chuah untuk direkodkan percakapan.

Mohd. Fauzi

“Saya sahkan ada menerima kes rujukan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan tersebut dan siasatan akan dijalankan segera.

“Kita akan memanggil Kulasegaran dan beberapa pihak lain termasuk setiausaha sulitnya untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam laporan media pada Sabtu lalu, Kulasegaran yang merupakan Ahli Parlimen daripada DAP itu mendakwa ditawarkan jawatan sebagai menteri dan sejumlah wang untuk menukar sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tawaran yang juga melibatkan peruntukan penuh untuk Parlimen Ipoh Barat itu didakwa diterima melalui aplikasi WhatsApp di telefon bimbit milik Jeremy.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kes tersebut telah dirujuk kepada SPRM Perak untuk siasatan dan tindakan lanjut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI