fbpx

Kuiz pelaburan PNB tawar hadiah RM68,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kuiz Pelaburan PNB 2021 anjuran Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang akan bermula hari ini sehingga 22 Ogos ini bakal menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM68,500.

Kuiz tahunan berkonsepkan hibur didik bagi kategori remaja berumur 13 hingga 17 tahun dan umum pula berumur 18 tahun ke atas itu bertujuan untuk menguji peserta mengenai pelaburan dan perancangan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Ama­nah Saham Nasional Bhd. (ASNB), Mohammad Hussin berkata, kuiz yang bertemakan Capai Kemerdekaan Kewa­ngan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ini mengemukakan soalan-soalan berkaitan pelaburan dan pe­ngurusan kewangan.”

“Konsep soalan tahun ini adalah berbeza berbanding tahun lalu dan ia boleh dikatakan lebih mencabar kerana peserta hanya diberikan petunjuk dan bayangan jawapan, bukannya soalan objektif dengan pilihan jawapan A, B atau C,” katanya dalam kenyataan.

Penyertaan untuk kuiz ini adalah secara online di laman web ASNB.

“Kami dapati kaedah penyer­taan secara online memberi peluang kepada penyertaan yang lebih meluas daripada orang ramai apabila pada tahun 2020, sejumlah 173,980 penyer­taan diterima, meningkat 120 peratus berbanding tahun sebe­lumnya,” katanya.

Mohammad menjelaskan, penganjuran Kuiz Pelaburan PNB pada tahun ini merupakan penganjuran kali ke-21 sejak dimulakan pada tahun 2001 dan sehingga kini telah menarik hampir 800,000 penyertaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI