fbpx

Hidupkan semula pasaran buruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi perniagaan di salon sudah lama ditutup sehingga memberi kesulitan kepada peniaga dan pelanggan. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan membenarkan perjalanan dalam negeri serta membuka semula sektor perniagaan bukan perlu bagi membolehkan pemulihan ekonomi, sete­rusnya menghidupkan semula pasaran buruh.

Ini termasuk perniagaan melibatkan peralatan sukan, kedai gunting rambut dan salon.

Bagaimanapun, industri hi­buran malam perlu kekal ditutup.

Presidennya, Datuk Syed Hussain Syed Husman J.P. berkata, pihak berkuasa perlu membenarkan perniagaan dibuka tanpa berlengah lagi kerana mereka te­lah lama menderita hampir dua tahun.

“Kami tidak mampu lagi me­nunggu Pelan Pemulihan Negara (PPN) beralih ke fasa dua atau tiga berdasarkan jumlah jangkitan Covid-19 setiap hari kerana semakin banyak pemeriksaan yang dilakukan, kes positif akan meningkat.

“Ini adalah normal kerana wabak ini sudah menjadi endemik dalam masyarakat dan kita perlu menerima hal ini sebagai suatu realiti,” katanya dalam satu ke­nyataan.

Langkah kawalan pandemik memaksa perniagaan kecil yang dikategorikan sebagai sektor bukan perlu seperti kedai gunting rambut dan salon sering diarahkan tutup.

Kali terakhir salon dibenarkan beroperasi ialah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa pada 12 Mei lalu, kecuali di negeri yang telah berada di fasa kedua dan seterusnya di bawah PPN.

Sementara perjalanan rentas negeri pula sudah lama tidak dibenarkan, sejak pelaksanaan semula PKP pada 13 Januari
lalu.

Menurut Syed Hussain, sekatan pergerakan rentas negeri sepatutnya menjadi langkah kawalan terakhir untuk dihapuskan kerana ia membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti penyebaran jangkitan kepada satu-satu lokaliti dan memantau

trend yang perlu diberikan perhatian.

Selain itu, MEF turut menyatakan sokongan kepada pendirian Kementerian Kesihatan untuk tidak melonggarkan langkah kawalan sebelum waktunya disebabkan kebimbangan penyebaran varian-varian baharu.

Kegusaran itu diperkuatkan lagi dengan laporan di United Kingdom bahawa sekitar 35 peratus daripada mereka yang dijangkiti dan memerlukan rawatan di hospital telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin masing-masing.

“Kita perlu mengkaji dengan teliti fenomena ini dan penyebab penyebarannya sehingga dapat merencanakan langkah perlin­dungan dengan lebih baik,” tegas Syed Hussain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI