PETALING JAYA- Jenazah Allayarhamah Siti Sarah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selepas semua urusan di hospital diselesaikan.
Bagaimanapun, Kosmo! difahamkan waktu pengkebumian jenazah belum dimaklumkan dan diketahui secara terperinci buat masa ini.
Ketika ini, jasad Siti Sarah masih lagi berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi urusan pengurusan jenazah.
Siti Sarah Raissuddin yang juga isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib meninggal dunia di HUKM di sini awal pagi tadi.
Siti Sarah, 36, yang dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Rabu lalu akibat Covid-19 menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.13 pagi.
Perkara tersebut disahkan sendiri Shuib menerusi satu muat naik di laman Instagramnya hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929