fbpx

EMT bantu komuniti tingkat kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOH (kanan), Tham (tengah) dan Pengasas bersama EMT, Sam Goh menunjukkan produk Ultraviolet UpperFlat di pejabatnya baru-baru ini.

Platform PKS

PETALING JAYA – Menjadi ke­biasaan bagi rakyat negara ini suka membantu mereka yang berada dalam kesusahan dengan dengan pelbagai cara mengikut niat masing-masing disertakan dengan aktiviti dan juga tenaga fizikal bagi meringankan beban yang ditanggung.

Sumbangan bantuan yang berterusan ini dilihat bukan sahaja semasa krisis kesihatan ekoran pandemik Covid-19 tetapi tabiat tersebut telah disemai sejak kita semua masih kecil lagi ketika di bangku sekolah membantu sesama masyarakat tidak kira bangsa, agama, keturunan dan taraf hidup.

Berlandaskan kepada niat untuk membantu masyarakat, ­Pengasas Bersama EMT Group Sdn. Bhd. (EMT), Ben Goh telah berusaha mengintai peluang untuk membawa produk pensterilan udara ultra violet C (UVC) dari China ke Malaysia.

Usahawan ini memiliki caranya tersendiri untuk berjasa sebagai ‘barisan hadapan’ untuk membantu negara memerangi wabak maut itu dan tidak mahu dianggap mengambil kesempatan menjual produk berkaitan penyelesaian ke arah meningkatkan kesihatan pelanggan.

EMT adalah satu-satunya syarikat di rantau Asia Tenggara yang menghubungi pemilik syarikat ShenZhen Doneax ­Science and Technology Co. Ltd. (Doneax) yang berpangkalan di Shenzhen.

Syarikat telah menunjukkan minat yang serius untuk membawa teknologi yang berjaya diguna pakai di negara itu pada tahun 2000 untuk membantu rakyat Malaysia pada masa ini.

“Pencarian telah bermula sejak awal tahun lalu dan saya mencuba nasib dengan menghantar e-mel kepada pemilik Doneax untuk menjadi pengedar tunggal produk berkenaan.

“Kami amat tertarik dengan produk tersebut kerana di China, ia adalah antara mesin yang perlu ada di semua tempat awam seperti hospital, pusat bersalin, klinik, sekolah dan restoran, malah dipasang juga di dalam bas untuk mensteril dan membasmi kuman.

“Ini merupakan peluang untuk kami membawa masuk mesin tersebut bagi memberi manfaat kepada masyarakat kerana dalam keadaan sekarang, prosedur standard operasi (SOP) masih belum mencukupi untuk mengekang diri sendiri daripada dijangkiti pelbagai penyakit bukan sahaja daripada virus ­Covid-19.

“Ini tidak bermakna kami mahu mengaut keuntungan berlipat ganda kerana syarikat tidak mahu mengira untung rugi dalam masa sekarang, apa yang penting adalah membantu semua rakyat menikmati kesihatan yang baik dan dapat menjalankan rutin ha­rian seperti sebelum ini,” kata­nya dalam satu temu bual secara maya baru-baru ini.

Turut serta Pe­ngurus Pemasaran EMT, Kenny Tham.

Selama tiga bulan, Goh, 41, yang berasal dari Georgetown,Pulau Pinang itu berurusan dengan syarikat utama itu.

Usahanya telah berjaya dan pihak Doneax telah melantik EMT menjadi pengedar tunggal bagi produk pensterilan udara UVC yang dikenali sebagai ­Ultraviolet Upper Flat Irradiation Air Sterilizer (Ultraviolet Upper Flat).

Goh yang memiliki pengalaman berniaga dalam bidang pembekalan mesin untuk industri percetakan di negara ini sejak tahun 2006 kini semakin sibuk dengan memberi tertumpu terhadap sayap perniagaan baharunya menjadi pengedar produk pensterilan udara UVC.

Melalui kerjasama tersebut, EMT berkeupayaan untuk mengeksport produk ke Singapura dan juga rakan niaganya yang terletak di Papua New Guinea baru-baru ini.

Ultraviolet Upper Flat adalah mesin pembasmian kuman melalui ­penyinaran udara ultraviolet yang akan menyaring udara di sekeliling ruang melalui panel masuk udara dan kemudian me­lalui penapis habuk, sinar ultra­violet, fotokatalis dan penapis karbon aktif untuk membersihkan udara.

Mesin yang menyerupai penghawa dingin yang dipasang di dinding premis itu hanya menge­luarkan lampu berwarna biru.

Ia berfungsi untuk merawat udara di dalam sesebuah premis dan mensteril bagi membasmi kuman sehingga 99 peratus yang berlegar dalam udara dengan cekap, cepat dan selamat serta lebih penting mesra pengguna.

Menurut beliau, manfaat me­sin yang mesra alam sekitar itu jauh berbeza daripada peralatan pensterilan konvensional lain.

“Cara pemasangannya sa­ngat mudah dan tidak menggunakan penggunaan kuasa elektrik yang tinggi, malah lampunya mampu bertahan sehingga 10,000 jam yang akan memberi penjimatan masa serta wang ringgit kepada pengguna.

“Kaedah penyelenggaraan juga tidak membebankan dan kakitangan EMT akan menawarkan khidmat selepas jualan de­ngan cekap,” jelasnya.

Tambah beliau, sehingga kini sebanyak 100 mesin yang dibawa ke pasaran domestik telah mendapat sambutan baik daripada pelbagai kategori pelanggan.

Goh menerangkan, harga yang ditawarkan bagi Ultraviolet Upper Flat ditawarkan antara RM2,988 dan RM4,688 seunit iaitu bergantung kepada keluasan ruang sesebuah premis ber­kenaan.

Menurut beliau, sekiranya pendidikan mengenai manfaat mesin ini semakin difahami dan masyarakat bersikap lebih terbuka untuk menjadikannya sebagai satu keperluan untuk me­ningkatkan kualiti kesihatan diri, keluarga, kakitangan dan juga pelanggan, maka mesin Ultraviolet Upper Flat akan menjadi pilihan ramai.

“Ramai orang semakin sedar tentang menjaga tahap kesihatan diri, mereka sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan segala keperluan untuk mengekang wabak ini daripada menjangkiti mereka.

“Saya berkeyakinan mesin ini akan menjadi satu keperluan masyarakat pada masa depan.

“Bergantung kepada permintaan yang semakin bertambah pada masa depan, kami tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama strategik untuk membuat pemasangan mesin berkenaan di Malaysia.

“Seterusnya, kami mampu menawarkan harga produk dengan lebih menarik dan mampu milik untuk semua isi rumah,” jelasnya.

Selain itu, pihaknya juga bakal melaksanakan lebih banyak perjum­paan dan taklimat secara bersemuka pada masa hadapan kepada syarikat korporat, sektor swasta, sekolah dan pusat pem­belajaran kanak-kanak, pusat perubatan lain termasuk masjid dan surau untuk memberi penjelasan tentang mesin tersebut.

“Sebagai contoh, seorang pe­langgan yang telah menggunakan mesin berkenaan di dalam pejabatnya, risiko pekerjanya mendapat jangkitan penyakit seperti selesema atau batuk yang dibawa rakan sekerjanya agak berkurangan.

“Oleh itu, majikan dapat menjimatkan kos perubatan kerana kekurangan bilangan pekerja mengambil cuti sakit dan membuat tuntutan perubatan,” terangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI