fbpx

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah buat keluarga bekas atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dua bekas pemain ragbi kebangsaan yang meninggal dunia kelmarin.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua bekas pemain ragbi kebangsaan, Zainal Abidin Mat Yen dan P. Ganesan yang meninggal dunia kelmarin.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih di samping berharap agar seluruh keluarga bekas atlet negara tersebut sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.

“Allahyarham Zainal Abidin merupakan pemain ragbi kebangsaan era 60-an yang dikenali sebagai pakar ‘side step’ terpantas dunia pada sukan Asia ketika itu.

“Manakala mendiang P. Ganesan pula pernah mewakili pasukan kebangsaan dalam kejohanan Ragbi Asia pada tahun 1971,” kata kenyataan tersebut lewat malam tadi.

Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham Zainal Abidin dan mendiang P. Ganesan kepada negara.

Kedua-dua atlet juga merupakan ahli yang aktif berpersatuan terutamanya bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan sentiasa melibatkan diri dalam program-program anjuran YAKEB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI