LONDON – Arsenal menyertai Manchester United dalam pemburuan untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan England dan Atletico Madrid, Kieran Trippier.
Juara La Liga itu berdepan masalah Peraturan Kewangan Adil (FFP) perlu melepaskan khidmat beberapa pemainnya termasuk Trippier dan meletakkan tanda harga £34 juta (RM199 juta) untuk pemain berusia 31 tahun itu.
Difahamkan United hanya mahu membayar kira-kira £20 juta (RM117 juta) seperti mana harga yang dibayar Atletico kepada Spurs dua tahun lalu.
Namun, tawaran itu masih tidak mencukupi bagi Atletico untuk mereka melepaskan Trippier ke Old Trafford.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mahu membawa masuk pertahanan kanan yang baharu dan Trippier adalah calon yang tepat setelah Hector Bellerin dilihat akan meninggalkan kelab itu.
Arsenal belum membuat tawaran secara rasmi kepada Atletico tetapi The Gunners perlu melakukan tawaran lebih daripada £20 juta (RM117 juta) jika ingin mendapatkan khidmat Trippier. – AGENSI