fbpx

Fernandes idam status penjaring terbanyak Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (kanan) mahu memenangi trofi Liga Europa dan penjaring terbanyak kejohanan itu musim ini. – AFP

COLOGNE – Bintang Manchester United, Bruno Fernandes percaya dia mempunyai kemam­puan untuk merobek gawang gol jaguh Sepanyol, Sevilla menje­lang aksi separuh akhir Liga Europa di Stadium Rhein Energie awal pagi esok.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu ketika ini berada pada tahap terbaik apabila mengungguli carta penjaring terbanyak Liga Europa dengan tujuh gol.

Tonggak Portugal itu yakin mampu menambah koleksi ja­ringannya dengan bantuan Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Anthony Martial sekali gus membantu United mengetepikan cabaran Sevilla untuk mara ke final Liga Europa.

“Saya percaya jumlah gol saya sekarang boleh bertambah kerana United memiliki trio serangan yang berkualiti seperti Rashford, Greenwood dan Martial.

“Saya mahu meraih anugerah penjaring terbanyak dan pada masa sama memenangi trofi Liga Europa bersama United.

“Jadi, saya perlu terus menja­ringkan gol kerana kami akan tersingkir kalau tewas kepada Sevilla dalam aksi itu,” katanya.

Bekas pemain Sporting Lisbon itu juga menegaskan, hasratnya untuk mencipta nama selaku penjaring gol ke atas Sevilla bukan kerana mengejar gelaran individu, sebaliknya mahu memastikan United menang dalam perlawanan tersebut.

Fernandes adalah nadi pen­ting United apabila dia sudah menjaringkan 11 gol daripada 21 penampilan dalam semua kejohanan walaupun kebanyakannya melalui sepakan penalti sejak berhijrah daripada Sporting pada Januari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI