LONDON – Tottenham Hotspur terus bermain ‘tarik tali’ dengan Manchester City yang dilihat terdesak untuk melengkapkan perpindahan Harry Kane sebelum pintu perpindahan pemain ditutup 31 Ogos ini.
Menurut laporan, Manchester City perlu menambah sekurang-kurangnya £20 juta (RM117 juta) untuk mendapatkan ketua pasukan England itu.
Difahamkan, City sudah melakukan bidaan kira-kira UK£100 juta (RM585 juta), namun ditolak oleh Spurs.
Menurut laporan, Tottenmham mahu £120 juta (RM703 juta) buat penyerang itu berserta tambahan sebanyak £20 juta lagi.
Laporan itu mengatakan City perlu melunaskan bayaran tambahan tersebut jika mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Kane.
Bayaran tambahan juga akan dikenakan kepada City jika Harry Kane berjaya memecahkan rekod penjaring gol terbanyak EPL yang dipegang Alan Shearer.
Kane dilihat mahu meninggalkan Spurs dia dikatakan sudah mula mencari rumah di sekitar Manchester sejak Mac lalu.
Bagaimanapun, semuanya terletak di tangan City jika mereka mampu memenuhi permintaan pemilik Spurs, Daniel Levy. – AGENSI