fbpx

Saya ada masalah kepercayaan terhadap Presiden UMNO – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

ISKANDAR PUTERI – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui sukar mempercayai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran beberapa tindakan yang dilakukan Ahli Parlimen Bagan Datuk sebelum ini.

Khairy Jamaluddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau memberitahu, masalah kepercayaan itu berbangkit ekoran surat yang dihantar presidennya kepada Yang di-Pertuan Agong pada Oktober lalu.

Selain itu katanya, persoalan juga timbul ekoran isu rakaman suara yang tular membabitkan Ahmad Zahid dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ketika ini saya masih lagi dalam kerajaan, sebab saya ada masalah kepercayaan terhadap Presiden UMNO. Pada bulan Oktober lepas, beliau telah mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong atas nama presiden UMNO mengatakan semua Ahli parlimen UMNO memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Sedangkan saya tidak pernah dirujuk oleh presiden, tidak pernah ditanya oleh presiden dan jauh sekali saya beri kebenaran kepada presiden untuk guna nama saya, itu yang pertama,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas melawat tapak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Iskandar Malaysia Studios, di sini hari ini.

Khairi berkata, yang kedua pula apabila timbul rakaman perbualan presiden dengan ketua pembangkang, perkara itu dinafikan dan difahamkan akan buat laporan polis tetapi selepas itu mengaku pula yang rakaman itu tulen.

“Bagaimana saya hendak percaya presiden macam ini, yang mengatakan bahawa keputusan baru ini dicapai secara sebulat suara dalam Majlis Tertinggi, sedangkan ada Ahli Parlimen yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi buat keputusan berbeza dengan keputusan Majlis Tertinggi,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI