fbpx

PGA masuk kampung beri vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Noh (tengah) dan Azizul Kama (kanan) bersama dua penduduk yang telah menerima vaksin di Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor, Ipoh semalam.

IPOH – Seramai 24 penerima yang terdiri daripada 10 keluarga masyarakat Tionghua di Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor dekat sini menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 semalam.

Kesemua mereka adalah penerima menerusi Program Outreach Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta.

Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd. Noh Khamis berkata, penerima vaksin ini adalah mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis bersama penjaga masing-masing.

Menurut beliau, sehingga kini PPV Klinik Briged Utara telah menjayakan lima program outreach setiap minggu sejak 23 Julai lalu melibatkan 58 orang penerima kesemuanya.

“Alhamdulillah, seramai 24 peserta berjaya divaksin. Ramai lagi yang memohon dan kita jangka akan lakukan pada outreach akan datang.

“Bagaimanapun, ianya bergantung kelulusan pihak Kementerian Kesihatan untuk membekalkan vaksin. Daripada segi pelaksanaan, kita tiada masalah,” ujarnya kepada Kosmo!.

Turut hadir pada program outreach tersebut ialah Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh,, Datuk Azizul Kama Abd Aziz dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kuala Kuang, Chong Chin Lee.

Program ini dijayakan dalam usaha mewujudkan komuniti selamat sepertimana yang disasarkan kerajaan.

Jabatan Kesihatan negeri Perak pada Julai lalu telah memberikan kepercayaan dengan meluluskan serta melantik Klinik Briged Utara sebagai PPV yang juga pertama seumpamnya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI