fbpx

Lima suspek kes samun berkumpulan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Polis menahan lima lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan parang di jalan berhampiran simpang Harvard, Gurun dekat sini pada hujung bulan lalu.

Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 25 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, kejadian samun kira-kira pukul 11 malam, 29 Julai lalu itu melibatkan seorang mangsa iaitu lelaki berusia 28 tahun.

Katanya, mangsa disamun suspek yang bersenjatakan sebilah parang sepanjang kira-kira 60 sentimeter (cm).

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa melalui kawasan kejadian sebelum diminta berhenti oleh suspek.

“Salah seorang suspek berpura-pura bertanya mangsa sama ada sebuah motosikal yang rosak di kawasan berhampiran tempat kejadian adalah milik mangsa atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, salah seorang suspek kemudian bertindak mengambil sebilah parang dari raga motosikalnya dan mengacukannya pada leher mangsa lalu meminta menyerahkan semua barang milik mangsa.

“Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,100 selain kehilangan beg galas dan beberapa dokumen lain,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI