fbpx

Kerja baiki paip pecah dasar sungai berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja membaiki paip utama yang pecah di dasar Sungai Terengganu berhampiran Losong, Kuala Terengganu berjalan lancar.

KUALA TERENGGANU – Kerja-kerja pembaikan paip utama pecah di dasar Sungai Terengganu yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada 28,700 keluarga di daerah ini dan Kuala Nerus berjalan lancar.

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Terengganu (Satu), Burhanuddin Helmi Mohamed @ Harun berkata, pihaknya percaya kerja-kerja pembaikan tersebut boleh siap sepenuhnya mengikut jadual pada Rabu ini.

“Kerja-kerja pembaikan paip utama di dasar Sungai Terengganu kini sudah memasuki fasa kritikal.

“Sebaik kerosakan paip bersaiz 1,200 milimeter (mm) itu dibaiki sepenuhnya, Satu akan memulakan ujian saliran air dengan tekanan rendah bagi mengesan jika terdapat kebocoran lain,” katanya di sini hari ini.

Burhanuddin Helmi berkata, sebaik fasa kritikal selesai, kerja-kerja pembaikan dianggap sudah selesai 70 peratus bagi membolehkan proses pemulihan dimulakan.

Tambah beliau, Satu seterusnya memerlukan dua hari untuk memenuhi tangki utama dengan bekalan air bagi kegunaan penduduk.

“Pemulihan bekalan air akan berlaku secara berperingkat dengan penduduk yang menetap di lokaliti berhampiran loji utama berkemungkinan besar akan menerima bekalan air lebih awal,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI