fbpx

Bayi 10 bulan maut akibat pendarahan kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut dipercayai berpunca daripada pendarahan pada kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Asmadi Borhan berkata, siasatan lanjut mendapati, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Bandar Puchong Jaya, Puchong sebelum dikejarkan ke Hospital Sunway.

“Pemeriksaan awal doktor pada 11 Ogos lalu menemui kesan pendarahan pada kepala dan mengesyaki berlaku unsur penderaan.

“Mangsa yang terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan kemudiannya disahkan meninggal dunia semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Asmadi, hasil bedah siasat mendapati, punca sebenar kematian bayi berkenaan disebabkan kesan jatuh sebanyak dua kali dari katil dan buaian di rumahnya sendiri serta kediaman pengasuh.

Katanya, siasatan mendapati, setakat ini tiada sebarang unsur penderaan dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI