fbpx

Jurulatih sukan Rusia pecah rekod dunia angkat berat dalam air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vivchar berjaya mengangkat barbel itu sebanyak 76 kali dalam usaha mencatatkan rekod baharu itu. - Instagram

MOSCOW – Seorang jurulatih sukan warga Rusia mencatat Rekod Dunia Guinness selepas berjaya melakukan senaman angkat berat di dalam air di Tasik Lebyazhye dekat Tomsk kelmarin, lapor sebuah laman berita.

Rekod itu dicatat selepas Vitaly Vivchar berjaya mengangkat barbel seberat 50 kilogram sebanyak 76 kali mengatasi rekod lalu yang dipegang Greg Wittstock dari Amerika Syarikat dengan hanya 14 kali pengulangan.

Menurut Vitaly Vivchar, idea untuk mencatatkan rekod dunia itu timbul beberapa tahun lalu selepas dia melihat seorang lelaki mengangkat barbel di dalam air.

“Saya berpendapat, saya mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk melakukannya sendiri di samping pernah memenangi pertandingan mengangkat berat.

“Saya juga merupakan seorang penyelam bebas amatur dan mengaplikasikan kemahiran saya itu untuk mencatatkan rekod baharu ini,” katanya.

Vivchar berkata, dia mengambil masa selama dua bulan sebagai persediaan sebelum memecahkan rekod dunia itu dan terpaksa menahan nafas selama lebih tiga minit ketika latihan.

“Saya berasa benar-benar cemas kerana suhu air yang sejuk dan berlumpur kerana cuaca buruk, di tambah pula perasaan gementar sebelum melakukan cubaan tersebut.

“Denyutan nadi saya meningkat melebih 108 denyutan seminit dan mengambil masa yang lama untuk menenangkan diri,” tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI